13 November 2012


Pihak tentera sepatutnya bersikap berkecuali dan 'apolitical' serta tidak membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
SEREMBAN: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan ‘apolitical’ membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.
Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).
“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.
“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.
“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.
“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.
“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.
Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.
“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin.

3 ulasan:

Anak2 Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO berkata...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

drzainal berkata...

Bila Menteri Pertahanan datang melawat kem, itu maksudnya YB Menteri prihatin dengan keperluan rakyat khususnya tentera. Tetapi YB dah 5 tahun jadi ADUN di Sikamat, tidak pernah pun walau sekali datang bertemu kami di Taman Pulai Impian untuk bertanya khabar dan keperluan kami.

www.drzainalabidinsait.blogspot.com

drzainal berkata...

Untuk makluman tuan, ketika kami memohon sebarang bantuan dari ADUN Sikamat iaitu tuan, sehingga kini, kami hanya dapat jawapan yang menghampakan. Saya hairan kenapa tuan masih bertanding pada PRU13. Tuan sebenarnya telah gagal sepenuhnya sebagai ADUN dari 2008-2013.