13 Ogos 2010

KELEBIHAN ZAKAT, INFAQ DAN SEDEKAH


Salam Ramadhan sedikit catatan buat renungan.
Banyak sekali dalil-dalil dari Al-quran dan Ss-sunnah yang menjelaskan tentang keutamaan zakat, infaq dan sedekah. Sebagaimana firman Allah swt  mafhumnya :  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, men -dirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al Baqarah : 277 ).
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah : 274 ) .
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah : 103).

Adapun hadis-hadis Nabi yang menjelaskan akan keutamaannya antara lain mafhumnya : Dari Abu Hurairah r.a  bahawa seorang Arab Badui mendatangi Nabi s.a.w  seraya berkata, Wahai Rasulullah! beritahu aku suatu amalan, bila aku mengerjakannya, aku masuk syurga?, Beliau bersabda :  Beribadahlah kepada Allah dan jangan berbuat syirik kepadaNya, dirikan solat, tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan, ia berkata, Aku tidak akan menambah amalan selain di atas, tatkala orang itu berlalu keluar, Nabi s.a.w  bersabda : Siapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni syurga maka lihatlah orang ini. Muttafaq ’alaih. [1]

Allah SWT, adalah Zat yang Maha Suci dan tidak akan menerima kecuali hal-hal yang suci dan baik, demikian juga sedekah kecuali dari harta yang suci dan halal. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya :
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah s.a.w.  bersabda : Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari  usahanya yang halal lagi baik, maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kananNya kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang  di antara kamu yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung. Muttafaq ’alaih. [2]

Zakat, infaq dan sedekah memiliki faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah menyebutkan lebih dari dua puluh faedah, diantaranya:
1. Ia dapat memadam kemurkaan Allah, Rasulullah s.a.w, bersabda:   
   Sesungguhnya sedekah secara sembunyi-sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Rabb (Allah) (Sahih At-targhib)
2. Menghapus kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: Dan Sedekah dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api (Sahih At-targhib)
3. Orang yang besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda:  Tujuh kelompok yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya diantaranya, seseorang yang menyedekahkan hartanya secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya. (Muttafaq 'alaih)
4. Sebagai ubat bagi berbagai macam penyakit baik penyakit jasmani maupun rohani. Rasulullah saw, bersabda: Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan sedekah. (Sahih At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluh tentang keras hatinya: Jika engkau ingin lembutkan hatimu maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim. (Ahmad)
5. Sebagai penolak berbagai macam bencana dan musibah.
6. Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap hari sebagaimana sabda Rasulullah saw: Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya). (Muttafaq 'alaihi)
7. Orang yang berzakat dan bersedekah itu akan Allah berkati harta nya, Rasulullah saw bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangi harta. (Muslim)
8. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekahSesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat -gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah: 245)
9. Sedekah merupakan petunjuk kebenaran iman seseorang, Rasulullah saw bersabda, Sedekah merupakan bukti (keimanan). (Muslim)
10. Sedekah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau kepada para pedagang, Wahai para pedagang sesung -guhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh  itu bersih -kanlah ia dengan sedekah. (Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga dlm Sahih Al-Jami').

Marilah kita memohon semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang mudah berinfaq dan bersedekah serta menunaikan zakat dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaan-Nya, terutamanya dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini dimana segala amal kita diberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin ya rabbal’alamin.

Di sediakan oleh:
Sekitariat BIPPA Negeri Sembilan


[1] . muttafaq alaih diriwayatkan oleh Bukhari no hadist :1397 dan  Muslim no hadist: 14.
[2] . muttafaq alaih diriwayatkan oleh Bukhari no hadist : 1410 dan  Muslim no hadist: 1014.

Kepada: Para Sahabat  Budiman,
Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat merancang membantu golongan fakir miskin. Seramai 110 keluarga telah dikenal pasti untuk dibantu sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang mendatang.
Untuk membantu golongan ini di kawasan DUN Sikamat bolehlah hubungi saya atau terus datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat.
Aminuddin Harun
 

Tiada ulasan: