28 Jun 2009

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT

PEMUDA PAKATAN RAKYAT

26 Jun 2009


Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA


Y.Bhg. Dato'



MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ Seri

Anwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.

”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”

Yang Benar,

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
NASRUDIN HASSAN TANTAWI
YB LOKE SIEW FOOK

24 Jun 2009

LAHIRKAN JIWA MERDEKA..........

WACANA:

DSAI TELAH MELAHIRKAN 5000 'ANWAR' DI KUIS....!!!!

"KUIS, (Kolej Universiti Islam Selangor) akan dijadikan contoh sebuah Universiti memerdekakan pemikiran mahasiswa dan diangkat kualiti pendidikannya untuk dijadikan 'Gedung Ilmu' yang terbaik di Malaysia." Begitulah ungkapan DSAI dalam WACANA malam tadi dihadapan lebih kurang 5000 mahasiswa yang tekun mendengar pidato sebagai suntikan semangat betapa perlunya akan perubahan (Islah).



Anwar juga menekankan betapa akhlak dan akidah perlu dipertahankan, kejahilan dan prasangka perlu dijauhi sebagai tunjang untuk mahasiswa atau anak muda melakukan kearah perubahan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menegaskan anak muda khususnya mahasiswa supaya rajin membaca buku agar pemikiran tidak dijajah dan hendaklah yakin melaksanakan sesuatu serta bertanggungjawab.
WACANA ini disusuli dengan soaljawab termasuk soalan bagaimana DSAI mampu bertahan hingga ke hari ini dan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk...!

Akhir sekali DSAI mengalu-alukan pihak KUIS menjemput Pimpinan Kerajaan Pusat hadir dalam WACANA seumpamanya dengan syarat semua soalan mahasiswa hendaklah dijawab.

WACANA berakhir dengan laungan TAKBIRR.....RR dan Laungan REFORMASIII.... oleh semua mahasiswa yang hadir dalam Dewan Besar yang penuh sesak seramai lebihkurang 5000 orang.



Sumbangan dari: paradigmaberani.blogspot.com

21 Jun 2009

WACANA PENDIDIDIKAN RAKYAT (WADIRA) 2009



Alhamdulillah, shukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk hadir ke Wacaca Pendidikan Rakyat (WADIRA)yang telah diadakan semalam dan hari ini(20/6/2009-21/6/2009). WADIRA anjuran Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Sdr Dr Mohd Nur Manuty dengan kerjasama AMK.

Peserta WADIRA amat bertuah kerana dapat mendengar ucaptama oleh YB Dato' Seri Anuar Ibrahim yang menerangkan halatuju, dasar, falsafah pendidikan negara sejak awal sehingga hari ini serta kemanakah ingin kita bawa pada masa hadapan.

Pembentang kertas kerja yang dijemput juga ternyata hebat dengan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan serta dari semua kaum dan rakan dari sabah dan Sarawak. WADIRA juga meraikan segala keluhan serta rintihan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang dan kaum. Pembentang telah membuka minda dan diyakini bahawa kita sebenarnya berada dalam krisis pendidikan yang parah. Hari ini universiti kita tertinggal di belakang Universiti Chulalongkorn Thailand, apatah lagi dengan Universiti Singapura. Namun kita berbangga kerana kita masih mampu mendahului universiti Ranggun di Myanmar. Itulah salah satu gambaran kita hari ini....masih banyak lagi.........

Maka satu resolusi telah dapat disimpulkan seperti do bawah:

June 21, 2009
Resolusi Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.

WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.

Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.

WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.

PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.

Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.

Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.

Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.

Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.

Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.

Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.

Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.

Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;

Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.

Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.

Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

Untuk mendengar ucapan DSAI, klik sini
Untuk mendengar ucapan Presiden , klik sini
Untuk mendengar ucapan Pengarah WADIRA ,klik sini

17 Jun 2009

Tahniah !.

Tahniah kepada semua Pengerusi dan Ahli jawatankuasa JKKK yang baru dilantik. Walaupun hampir setengah tahun penilaian terpaksa dibuat.... sepatutnya pemilihan calun untuk pilihanraya kena ambil masa lebih setahun....kah, kah, kah. namun sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada yang dilantik. Walaupun ada kenyataan yang menguris hati sebelum perlantikan....biasalah habis madu sepah dibuang.

Kepada yang gagal melepasi tapisan MB tu ... saya mengucapakan terima kasih atas jasa yang pernah tuan berikan kepada masyarakat. Inilah masanya untuk kita mengkoreksikan diri. Mungkin ada hikmahnya dan inilah peluang kita melihat kesilapan dan jika tiada kesilapan alhamdulillah. Masih ada ruang untuk kita sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.... tidak semestinya ada jawatan baru boleh berkhidmat. Jika masyarakat sayangkan kita, banyak yang kita boleh bantu....

Pengerusi dan AJK yang dilantik semula dan baru dilantik ... ingatlah dan sedarlah tidaklah semestinya kita adalah yang terbaik dikalangan yang tidak terpilih, (sayapun berharap saya sentiasa diingatkan) tetapi ini adalah amanah Allah. Satukanlah semua ahli masyarakat, hormatilah fahaman politik mereka, pandangan mereka, mereka juga perlukan layanan sebagai sebahagian masyarakat dan yang penting jangan nafikan hak mereka sebegai sebahagian masyarakat.

Sebagai masyarakat yang percayakan Allah, ingatlah setiap apa yang kita lakukan akan dipertangunjawabkan di hari akhirat kelak.

Sekian.

Untuk Ahli UMNO Seremban - fikir fikirkanlah

UMNO Seremban pertikai pelantikan JKKK, bapa angkat
SEREMBAN 16 Jun - UMNO Bahagian Seremban mahu kerajaan negeri dan Badan Perhubungan UMNO negeri supaya bersikap lebih profesional dan telus dalam membuat keputusan tanpa meminggirkan sentimen setempat.

Ketuanya, Datuk Ishak Ismail berkata, kegagalan berbuat sedemikian memperlihatkan seolah-olah meminggirkan UMNO bahagian berkenaan selain tidak mengakui kepimpinannya yang dipilih oleh orang ramai.

Tegas Ishak, antara tindakan yang dilakukan tanpa perbincangan di peringkat bahagian termasuk soal pelantikan pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) yang diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang.

''Kita juga tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebagai 'bapa angkat' di kawasan Ampangan, Sikamat dan Nilai.

''Saya ingin bertanya apabila tiba pilihan raya nanti, adakah 'bapa angkat' ini yang akan bertanggungjawab? Malah, ada di kalangan mereka sendiri pun tidak mampu menjaga kawasan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
Newer Post Older Post

20 Mei 2009

MB - 2 WAKIL RAKYAT PKR LETAK JAWATAN?.

20hb Mei 2009,
Hj Aminuddin Hj Harun

Salam sejahtera.

Hari ini kita sama sama membaca berita yang di paparkan didalam Berita Harian dan New Straits Times yang menyatakan "MB says two PKR reps want to quit".

NST juga da menyatakan bahawa ADUN yang dimaksudkan adalah Dun Sikamat dan Dun Ampangan, iaitu melibatkan saya dan Sdr Rashid Latiff.

Saya sebenarnya telah menafikan perkara tersebut selepas ucapan Mohammad Hassan di Rembau, 19hb May 2009, setelah saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh MB serta memperolehi maklumat dari jalanan menunjukkan bahawa beliau seperti mempunyai masalah dalaman UMNO yang cukup kronik sekarang. Semua di Negeri Sembilan tahu bahawa sebilangan besar Ketua Bahagian UMNO amat kecewa apabila beliau dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan. Rata rata Ketua Bahagian tidak bersama dengan beliau sekarang.

Kenyatan yang tidak bertanggungjawab itu juga ingin menunjukkan bahawa kami gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi dan penduduk dikedua-dua Dun tersebut. Saya berharap agar MB tidak menjadi hakim, tetapi seperti saya ingatkan dalam setiap persidangan dewan, serah kepada rakyat pada pilahanraya ke 13 nanti untuk menentukan.

Kenyataan juga menunjukkan bahawa MB hari ini cukup khuatir, jika kami benar benar meletakkan jawatan. Beliau khuatir akan diadakan pilihanraya kecil di negeri ini kerana ini akan menguji kewibawaannya yang sudah cukup tercalar.

Dalam riak, ini menunjukkan beliau takut akan kalah lagi serta memalukan dirinya. Saya percaya beliau tahu bahawa kedua kawasan tersebut sukar untuk beliau menangi semula.

Bukan setakat itu, beliau hari ini mulai khuatir bahawa calon calon PKR mempunyai peluang untuk menang di Dun Dun yang lain pada pilihanraya akan datang. Kekhuatiran ini dibuktikan dengan menyerang PKR khususnya kami berdua.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada pengundi saya di Sikamat dan teman teman yang awal awal lagi menyatakan bahawa kenyataan tersebut tidak benar. Mereka juga tidak mempercayai bahawa saya akan membelakangkan kepercayaan mereka.

Terima kasih.

KENYATAAN PPN PKR NEGERI SEMBILAN

Rabu Mei 20, 2009
PKR Negeri Sembilan nafi ADUN akan letak jawatan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas menafikan dakwaan sekurang-kurang dua wakil rakyat dari parti itu membayangkan untuk meletakkan jawatan.

Beliau berkata dakwaan sedemikian tidak berasas dan hanya beranggapan perkara tersebut sebagai sesuatu yang melucukan.

"Tak ada, tak ada...ini semua lucu bagi saya. Apa asasnya? Mereka semua bekerja seperti biasa dan tak ada masalah," katanya kepada mStar Online.

Media hari ini melaporkan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa Barisan Nasional (BN) negeri mempunyai maklumat ada wakil rakyat pembangkang merancang pelbagai alasan untuk meletak jawatan kerana sudah tidak berupaya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR yang disebut-sebut itu ialah ADUN Sikamat, Aminuddin Harun dan ADUN Ampangan, Rashid Latiff.

Bagaimanapun Kamarul berkata beliau tidak faham motif Menteri Besar membuat kenyataan sedemikian kerana situasi yang dimaksudkan tidak wujud sama sekali.

"Saya tak tahu kenapa beliau beri kenyataan macam itu, setakat ini semua wakil rakyat kita jalankan tugas seperti biasa.

"Dua-duanya kerja bagus, ADUN Ampangan (Rashid) mungkin ada masalah sikit sebab dia baru buat pembedahan jantung...dia tak begitu sihatlah.

"Tapi Aminuddin...dia kerja keras," katanya.

Ditanya sama ada PKR negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan Menteri Besar itu, Kamarul berkata buat masa ini pihaknya mengambil langkah untuk hanya berdiam diri.

"Tak perlu buat apa-apa, kita ketawa sahaja cukuplah dengan gelagat mereka, kita tak perlu ambil tindakan.

"Cerita satu lawaklah... orang seperti seperti Menteri Besar tidak sepatutnya cakap seperti ini kerana tidak mencerminkan kebijaksanaan," katanya.

13 Mei 2009

UNTUK RENUNGAN KEPADA SEMUA

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tue | May 12, 09 | 1:04:56 pm MYT

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - lanh _

02 Mei 2009

KEJOHANAN BOWLING DOUBLE TERBUKA
DUN SIKAMAT 2009
(B-GRADED)

  • JUARA RM500
  • KEDUA RM300
  • KETIGA RM200
  • KEEMPAT HAMPER + 2 Voucher FreeGame
  • KELIMA-KELAPAN HAMPER
  • HIGH SCORE - RM50 1st Bowler
  • Handicap 7 pins for Ladies
Tempat : Ampang Superbowl, Seremban Parade.

Tarikh : 31hb Mei 2009, Ahad

Masa : 9.00 pagi Pendaftaran
9.50 pagi Game Roll Off

Yuran Penyertaan : RM120 / Double @ 4 Games

Sila hubungi : Sdr Firdaus - 012-3935340
Sdr Malek - 013-2181729

Semua dijemput menyertai pertandingan ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2009

Kepada semua rakan warga pekerja Selamat menyambut Hari Pekerja.


KENYATAAN MEDIA
1 Mei 2009

PERUTUSAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
BERSEMPENA HARI PEKERJA 2009

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan BN pimpinan UMNO. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

30 April 2009

Doa Keselamatan Daripada Wabak Selsema Babi

Pautan berikut mengandungi Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

12 April 2009

SEKITAR DI BUKIT SELAMBAU - CATATAN

Tahniah.....buat YB Manikumar dan seluruh penduduk Bukit Selambau.

Tahniah juga buat semua petugas Pakatan Rakyat yang telah berkampung di Bukit Selambau. Bagi saya dan semua rakan dari Bahagian Seremban pasti tidak lupa dengan UPU Tasek Apong, Taman Wira yang menjadi pusat kami dan juga surau Taman Wira. Buat Petugas PAS tempatan. Alor Star, Bayan Baru, Gelugur dan sebahagian Pulau Pinang keberadaan kita semua disana menjadikan kenagan terindah. Teruskan perjuangan........PRU13 menghapiri kita.

Terima kasih buat Sdr Azmer sekeluarga, Pak Uda, tuan rumah, makcik dan jemaah surau Taman Seri Bayu yang telah bersama membantu saya serta rombangan dari Bahagian Seremban. Taman Seri Bayu yang menjadi tempat kami berehat dan merancang tindakan pastinya tidak kami lupakan.

Lihat gambar sekitar hari pilihanraya dan juga gambar gambar pelajar yang merayu undi untuk pihak BN. Gambar juga beberapa aktiviti kami di Bukit Selambau khususnya Tasek Apong.








04 April 2009

Terkini dari Bukit Selambau 4hb April 2009 11.25am YB Aminuddin Sikamat
















Terkini dari Bukit Selambau 4hb April 2009 11.25am PKR Bahagian Seremban




Parti KeADILAN Bahagian Seremban telah menghantar pasukan gerak gempur untuk membantu Pakatan Rakyat berjuang meraih undi dalam pilihan raya kecil N25 Bukit Selambau dengan kekuatan anggota 25 orang diketuai oleh Ketua Bahagian Dr. Azam dan AJK Bhgn. serta Adun Sikamat YB Aminuddin
Bertolak pada 3hb malam pada pukul 11.00mlm dan sampai di Bukit Selambau pada pukul 6.00pagi ini. Menginap di sebuah rumah di taman Seri Bayu Phasa 2, akan berada disini selama 4 hari dari 4hb sehingga 7hb pada hari pilihan raya.
Dengan Doa dari seluruh rakyat yang inginkan perubahan dari Bahagian Seremban semoga tugas yang di tanggung jawabkan akan membuahkan hasil dengan kejayaan.
Kami sekarang sedang bergotong royong menyediakan makan tengah hari sebelum kami kelapangan selepas solat Zohor.
Kami akan melaporkan dari masa kesemasa dari Bukit Selambau.

02 April 2009

BUKIT SELAMBAU & BUKIT GANTANG



Alhamdulillah, shukur saya kerana dapat bersama rakan rakan ke hari penamaan calun Bukit Selambau yang lepas. Melihat kepada mood dan sokongan masyarakat DUN Selambau saya berkeyakinan insyaallah kita akan terus pertahankan kerusi tersebut. Bersama rakan yang menetap di DUN Bukit Selambau membuat pemerhatian dan temubual mendapati sokongan kepada calun PKR masih teguh walaupun terdapat 15 calun bertanding. Calun yang ramai dalam sejarah ini pasti menjadi perhatian.Saya juga sempat berbual bersama calun PKR Sdr Manikumar pada pagi Isnin dan mendapati beliau adalah pilihan terbaik yang DSAI pertaruhkan. Beruntung masyarakat DUN Bukit Selambau jika beliau terpilih. Pemimpin berkaliber serta punya wawasan dan yakin bahawa beliau milik semua kaum.
Perjalanan pulang pada hari Isnin sempat singgah di Parlimen Bukit Gantang, nampak berbeda sedikit jika dibandingkan di DUN Selambau, ini kerana perang bendera disepanjang jalan agak meriah berbanding di DUN Bukit Selambau. Hasil pemerhatian menampakkan tumpuan UMNO Barisan Nasional adalah di kawasan parlimen tersebut. Semangat Pakatan Rakyat diyakini mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Insyaallah.
Bersamalah kita berdoa kepada Allah semoga kita berjaya pada 3 plihanraya kecil ini. Insyaallah beberapa hari lagi saya dan rombongan akan bersama di Bukit Selambau.





26 Februari 2009

CERAMAH UMUM DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Tarikh :1hb Mac 2009
Ahad

Masa : 8.30 malam

Tempat : Kelab Yu Ai Tampin, Negeri Sembilan.

Semua pembaca dijemput hadir dan tolong sebarkan. Terima kasih.

14 Februari 2009

Kenyataan dari MB Perak perihal tanah Kekal untuk RAKYAT PERAK.. bukan Rakyat kroni!

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis kepedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkantahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komenserta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak iniada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalamansebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supayatidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiapperundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiapkeputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujukkepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan inputtentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan,pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuatkeputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baruuntuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja DrNazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat excosebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanyatidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijakdalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaansemua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumatyang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayuyang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulusebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih,Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekatHiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan dibeberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta,dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PRambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay-towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepasPRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lotkampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli),adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiadamanifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerahhak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebihdari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya.Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadarpremium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bankkomersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantikkerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai olehkerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugianberjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat"kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyatPerak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinanUMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaiankerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Kenyataan di atas saya ambil dari blogger Tranung Kite, bagi tujuan menyebarkan maklumat kepada semua pembaca.

11 Februari 2009

SEMOGA ADA PIMPINAN PEMUDA UMNO YANG MENERIMA CABARAN

9 Februari 2009
KENYATAAN AKHBAR

KRISIS DEMOKRASI DI PERAK PERLU DITANGANI SECARA DEMOKRATIK

Saya melihat krisis yang berlaku di negeri Perak merupakan 'Krisis Demokrasi' yang perlu ditangani secara Demokratik. Laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO dan parti komponen BN terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YAB Datuk Seri Nizar dan YB Karpal Singh hanya mampu memesongkan rakyat daripada isu sebenarnya iaitu " Samada Peralihan Kuasa di Perak yg dilakukan oleh BN adalah Demokratik".

Saya dengan penuh rendah diri mengambil sikap bertanggungjawab bahawa rakyat perlu diberi penjelasan terhadap isu sebenar. Kegagalan pimpinan politik memberi penjelasan yang sebenarnya merupakan satu penginayaan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa apabila cita-cita demokrasi mereka telah 'dihijack' oleh pimpinan politik yang tak bertanggungjawab. Rakyat tidak berdosa dihukum dengan gas pemedih mata, penahanan di bawah ISA dan tuduhan menderhaka yang tidak sepatutnya dialami oleh mereka sekiranya ruang demokratik diberikan.

Pimpinan Negara, terutama yang muda perlu menunjukkan satu contoh yang lebih bertanggungjawab dengan mneyelesaikan krisis tersebut dengan wadah yang mengambarkan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka lebih 50 tahun. Rakyat sudah bijak. Yang diperlukan ialah wadah dan ruang yang demokratik bagi rakyat membuat penilaian tanpa sogokkan maklumat yang berat sebelah dan tidak bertanggungjawab.

Oleh yang demikian itu, saya mencabar Pimpinan Pemuda UMNO dan BN untuk berdebat secara terbuka untuk rakyat menilai. Saya yakin Debat Terbuka merupakan wadah demokratik bagi meyelesaikan 'Krisis Demokrasi' yang sedang di alami di Perak. Saya yakin sekiranya Demokrasi yang kita dambakan, maka pendekatan yang Demokratik perlu digunakan.


Yang benar,

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang



012-3093469

yusmadi.yusoff@gmail.com

KEPADA PECINTA BAHASA - UNTUK TATAPAN

PKPIM DEDAHKAN DAPATAN KAJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS 2007) ANJURAN INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR THE EVALUATION OF EDUCATIONAL ACHIEVEMENT (IEA) PDF Print E-mail
Written by spp
Monday, 09 February 2009 14:06

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui sumber yang boleh dipercayai telah menerima dokumen kertas kerja makluman dapatan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Kertas kerja tersebut telah dibentangkan sebagai makluman dapatan kajian TIMSS 2007 kepada Ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.

TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik. Penyertaan Malaysia di dalam kajian ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2000 selepas dibentangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu kitaran pertama, 1998 hingga 2000, kitaran kedua, 2001 hingga 2004 dan kitaran ketiga, 2005 hingga 2008. TIMSS 2007 telah disertai oleh 59 buah negara daripada seluruh dunia.

Penglibatan Malaysia dalam kajian ini melibatkan murid Tingkatan 2. Seramai 4,466 orang murid Tingkatan 2, 150 orang guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar Tingkatan 2 daripada 150 buah sekolah menengah di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Murid Tingkatan 2 dalam kelas yang terpilih menduduki ujian pencapaian dan menjawab soal selidik murid. Guru yang mengajar Matematik dan Sains di kelas tersebut menjawab soal selidik guru, manakala Pengetua atau Penolong Kanan menjawab soal selidik sekolah.

Soalan-soalan telah disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia menggunakan format soalan aneka pilihan dan soalan terbuka. Mengikut trend, separuh dari soalan TIMSS 2003 telah digunakan semula dalam soalan TIMSS 2007. Soalan trend (soalan TIMSS 2003) tersebut masih ditulis dalam Bahasa Malaysia, manakala soalan baru (soalan TIMSS 2007) telah ditulis dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan 2 yang menjadi responden kajian TIMSS 2007 adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru itu, dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI terhadap para pelajar Malayisa sekalipun tidak dikaitkan secara langsung di dalam kertas kerja yang dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan ini, PKPIM mendedahkan dapatan kajian tersebut adalah seperti berikut;
Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik

1. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS bagi mata pelajaran Matematik telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 daripada 46 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-20 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.

Negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan perbezaannya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517), England (513), Rusia (512), Amerika Syarikat (508), Lithuana (506), Republik Czech (504), Slovenia (501), Armenia (499), Australia (496), Sweden (491), Malta (488), Scotland (487) dan Serbia (486).

Enam daripada sembilan buah negara yang mendahului Malaysia dalam TIMSS 2003, masih mengatasi Malaysia dalam TIMSS 2007. Manakala 11 buah negara yang ketinggalan di belakang Malaysia dalam TIMSS 2003, telah melonjak dan mendahului Malaysia dalam TIMSS 2007 iaitu England, Rusia, Amerika Syarikat, Lithuana, Slovenia, Armenia, Australia, Sweden, Scotland, Serbia dan Itali. Dua peserta baru dalam TIMSS 2007 turut mendahului Malaysia iaitu Republik Czech dan Malta.

1. Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500, dan perbezaan ini adalah signifikan dari segi statistik. Skor purata Malaysia telah merosot sebanyak 34 daripada 508 (TIMSS 2003) kepada 474 (TIMSS 2007).

Peningkatan prestasi sebelas buah negara yang mendahului Malayisa dan enam negara lagi yang yang hampir sama dengan Malaysia dalam TIMSS 2007 berbanding dengan kedudukan mereka yang lebih rendah dari Malaysia dalam TIMSS 2003 mungkin menyumbang kepada peningkatan skor purata antarabangsa dalam TIMSS 2007. Ini memberi gambaran bahawa ketika prestasi Matematik murid antarabangsa meningkat, prestasi Matematik murid Malaysia menghadapi kemerosotan.

Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sains

1. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 daripada 46 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-21 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.

Negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan perbezaannya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Republik Czech (539), Slovenia (538), Hong Kong (530), Rusia (530), Amerika Syarikat (520), Lithuana (519), Australia (515), Sweden (511), Scotland (496), Itali (495), Armenia (488), Norway (487) dan Ukraine (485).

1. Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Sains ialah 471 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500, dan perbezaan ini adalah signifikan dari segi statistik. Skor purata Malaysia telah merosot sebanyak 29 daripada 510 (TIMSS 2003) kepada 471 (TIMSS 2007).

PKPIM mendapati hasil daripada pengamatan daripada dapatan kajian di atas, majoriti negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan mendahului kedudukan di tangga teratas di dalam TIMSS 2007, menggunakan Bahasa Kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar di dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik. Nasib buruk pula yang menimpa Malaysia di dalam TIMS 2007 kerana padah menggunakan Bahasa Inggeris yan bukan Bahasa Kebangsaan Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik.

Laporan penuh TIMSS 2007 boleh dimuat turun daripada laman sawang rasminya di alamat, www.timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html yang memecahkan kepada dua iaitu laporan TIMSS 2007 untuk Matematik dan Laporan TIMSS 2007 untuk Sains.

PKPIM berasa kesal terhadap KPM kerana tidak mendedahkan laporan TIMSS 2007 kepada umum. KPM seolah-olah cuba menyembunyikan fakta laporan ini yang jelas tidak berpihak kepada KPM. PKPIM kesal kerana KPM tidak bersikap objektif di dalam menilai keberkesanan PPSMI demi menjaga air muka dan kepentingan KPM setelah melakukan kesilapan dengan melaksanakan PPSMI sejak tahun 2003 dahulu. KPM secara jelas mengenepikan kepentingan dan untung nasib para pelajar dan guru yang terbeban dengan PPSMI.

PKPIM turut kecewa dengan KPM yang seolah-olah tidak ambil peduli akan laporan TIMSS 2007. Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk para pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program PPSMI yang dilaksanakan telah merudumkan prestasi para pelajar Malaysia di dalam Matematik dan Sains.

Dengan ini, PKPIM mengulangi pendirian membantah dan menolak PPSMI. Sudah jelas betapa PPSMI bukan hanya mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran, bahkan mengancam masa depan pelajar dan hala tuju pendidikan Malaysia. PKPIM komited memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pendidikan. PKPIM memberi mesej yang jelas bahawa PPSMI harus ditamatkan.

PKPIM sedar bahawa penamatan PPSMI secara mendadak ketika sesi persekolahan tahun ini yang sudah pun bermula akan membawa kesan buruk kepada para pelajar. Justeru, PKPIM mendesak KPM untuk segera memutuskan penamatan PPSMI menjelang tahun hadapan. PKPIM menawarkan diri untuk terlibat di dalam menyumbangkan pendapat dan cadangan di dalam merangka pelan peralihan PPSMI untuk kembali menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan dalam pada masa yang sama mencari jalan ke arah memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan para pelajar.

KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

Laman Sawang: www.abim.org.my
www.prihatin.net

09 Februari 2009

KJ Tunjuk Hero Di Perak


Sungguh memalukan sikap yang ditunjukkan oleh KJ apabila menyertai perhimpunan pemuda di Ipoh 9 Febuary 2009. Dengan penuh angkuh gambar YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang sah telah dibakar. Bagi saya yang sempat melihat episod tersebut didalam berita Awani jam 11.00 malam(walaupun terlewat). Inilah tahap kepimpinan serta daya fikir calun ketua pemuda UMNO yang dikatakan hebat oleh anak muda UMNO.

Dimanakah pendirian anda ketika kejadian menghina kebawah Duli Sultan Terengganu tahun lalu?. Saya khuatir provokasi membakar gambar hanya menimbulkan dendam dan kesumat oleh pendokong dan pejuang kebenaran dan keadilan. Pilihan raya Parlimen Bukit Gantang pastinya akan lebih sengit juga sudah pasti kelibat KJ menjadi tumpuan sekali lagi selepas di Permatang Pauh.